Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Nelayan Sabah disyaki dalang pengeboman ikan

$
0
0

TERANCAM: Salah satu spesies batu karang di kawasan Taman Negara Marin Miri-Sibuti yang menjadi tumpuan ikan, namun kini diancam oleh kegiatan pengeboman ikan.

APMM syaki aktiviti itu didalangi nelayan Sabah yang sudah lama menangkap ikan di perairan Miri

MIRI: Aktiviti pengeboman ikan yang berlaku di per-airan bahagian ini termasuk Taman Negara Marin Miri-Sibuti dipercayai dilakukan oleh nelayan dari Sabah, selain nelayan asing.

Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Miri Komander Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman memberitahu pihaknya mengesyaki aktiviti tersebut didalangi oleh nelayan-nelayan dari Sabah yang sudah lama menangkap ikan di perairan bahagian ini.

“Mereka bukan baharu di sini, sebaliknya sudah lama menangkap ikan di sini, sama ada bekerja untuk syarikat tempatan ataupun sudah berkeluarga dan menetap di sini.

“Namun budaya tersebut (mengebom ikan) terbawa-bawa ke sini apabila mereka menangkap ikan di perairan ini dan kita mengenal pasti mereka melalui kaedah bom ikan yang digunakan di samping aduan yang dilaporkan oleh nelayan tempatan kepada kita,” jelas beliau kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Katanya, nelayan dari Sabah terbabit menggunakan bom ikan buatan sendiri yang diperbuat daripada baja kimia yang boleh dibeli dengan mudah dan disimpan di dalam botol.

Botol-botol yang dipasang dengan sumbu panjang itu kemudian dicampakkan ke kawasan-kawasan tumpuan ikan sebelum ia diletupkan.

“Kebiasaannya di per-airan Miri, kawasan Taman Negara Marin Miri-Sibuti adalah kawasan paling disukai oleh nelayan yang mengebom ikan-ikan ini kerana ia adalah zon tumpuan ikan disebabkan terdapat banyak terumbu karang.

“Tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja mengancam kesihatan orang ramai dan aktiviti perikanan di perairan ini, malah memus-nahkan kawasan terumbu karang yang banyak terdapat di sini terutama di Sibuti,” katanya.

Malah, beliau mengakui kegiatan tersebut jika tidak dihentikan bukan sahaja boleh merosakkan kawasan taman laut tersebut, tetapi juga alam sekitar dan sistem ekologi marin di perairan bahagian ini.

Sehubungan itu, katanya, APMM yang berkawal 24 jam kini mempergiatkan kawalan dan rondaan mereka bagi membanteras kegiatan tersebut daripada terus berleluasa. Bagaimanapun, Nor Adli mengakui masih belum ada tangkapan dibuat se-hingga kini dan menjelaskan APMM sukar mengesan nelayan-nelayan pengebom ikan ini.

“Ini kerana mereka bijak menyembunyikan kegiatan mereka dan biasanya mereka melakukan aktiviti tersebut pada awal pagi,” jelasnya lagi.

Justeru, kerjasama dan maklumat orang awam amat diperlukan bagi membantu pihak APMM memberkas pengebom ikan yang tidak bertanggungjawab ini.

Mengenai insiden ratusan ikan-ikan kecil yang terdampar di Lutong pada minggu lepas, beliau berkata tiada laporan berhubung perkara tersebut dikemukakan kepada APMM.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>