MIRI: Persatuan Melayu Miri (PMM) menganjurkan seminar ‘Skill To Score’ yang dikendalikan oleh pakar motivasi pendidikan, Dr Shukri Abdullah.
Jurucakap PMM berkata, seminr itu diadakan pada 13 April (Ahad) di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakub mulai jam 7.30 pagi hingga 3 petang.
Dr Skukri yang berpengalaman sebagai pakar motivasi pendidikan pernah tampil dalam rancangan televisyen iaitu Siri Bijak Belajar TV3, Laman Nurani TV3, Motivasi Pagi TV3, Inspirasi Pagi TV1 dan Motivasi Murid TV9.
Beliau juga mengendalikan seminar pembelajaran sejak 1990 ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.
Pakar motivasi itu telah mengadakan seminar hampir semua kategori sekolah dan kolej di seluruh negara ini meliputi lebih 500,000 pelajar.
Sehubungan itu, program berkenaan diadakan khas untuk membantu anak-anak yatim di kompleks berkenaan termasuk anak-anak yatim dari Masjid Darul Ehsan Lutong.
Seminar ‘Skill To Score’ teknik akan lebih memfokuskan cara meningkatkan daya pembelajaran khas untuk pelajar tingkatan 1 hingga 6.
Pada masa sama, ceramah secara percuma selama dua jam turut diadakan dengan menyingkap tajuk ‘fahami dan tangani serangan Internet dan media sosial ke atas pelajar muslim masa kini’.
Orang ramai dijemput hadir dan mereka boleh menghubungi PMM di talian 085-431394 atau 013-8286599 (Raimah) untuk sebarang keterangan lanjut.