Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Jangan salah guna kemudahan TOL

$
0
0

MIRI: Penerima Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kepada mereka.

Menteri Muda Perancangan Sumber, Datuk Mohd Naroden Majais berkata lesen berkenaan harus digunakan sebaik-baiknya dan jangan sesekali cuba menjual tanah lot tersebut untuk keuntungan singkat.

“Sesiapa yang mendapat TOL adalah sangat bertuah dan beruntung kerana ramai yang memohon,” katanya pada majlis Penyampaian Cek Pampasan Tanah dan Penyerahan TOL di Wisma Pelita Tunku, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Miri, semalam.

Menurutnya, untuk Bahagian Miri sahaja permohonan menjangkau 30,000 dan hanya sejumlah 223 diluluskan iaitu merangkumi 412 lot tanah.

Mohd Naroden menasihatkan pemilik tanah dan TOL yang tidak berkemampuan membina rumah supaya memohon skim dan kemudahan seperti Rumah Mesra Rakyat.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau Jok, ADUN Lambir Ripin Lamat dan Penguasa JTS Miri Unus Tambi.

Pada majlis sama, Mohd Naroden turut menyerahkan cek pampasan kepada seramai 16 orang penerima untuk projek pembinaan jambatan di Sungai Baluboh 1 dan Sungai Baluboh 2 di sini.

Pampasan berjumlah RM103, 670 untuk Jambatan Baluboh 1 sementara Jambatan Baluboh 2 pula bernilai RM292,761.

Mengenai desas-desus mengenai bayaran pampasan berkenaan adalah jauh lebih rendah berbanding harga pasaran, Mohd Naroden memberitahu bahawa adalah sesuatu yang tidak berasas.

“Sebenarnya, pihak JTS telah membuat kajian dahulu mengenai harga pasaran semasa sebelum membuat bayaran pampasan dan sebab itu saya jamin bahawa harga tanah dibuat pampasan mengikut harga pasaran semasa,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>