Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Pesta Kaul Oya di tapak D’Sanglau pada 12-13 April

$
0
0

MUKAH: Pesta Kaul Oya akan berlangsung di tapak D’Sanglau Kuala Oya pada 12 hingga 13 April ini.

Pelbagai acara akan diadakan termasuk pentas hiburan yang akan mengetengahkan artis popular tempatan dan dari Semenanjung Malaysia.

Pengerusi Strategic Alliance New Generation Lasting And Unremitting (D’ Sanglau), Zaidi Kassim memberitahu, Pesta Kaul Oya Kali ini bukan sebagai Medan untuk mengetengahkan penampilan lebih ramai artis tempatan sahaja, malah akan membantu menonjolkan imej lebih segar dataran D’ Sanglau sebagai tapak penganjuran pesta kedua terbesar di bahagian Mukah.

Katanya projek naik taraf arena itu yang bermula tahun lalu itu meliputi pelbagai aspek termasuk bahagian pentas, restoran tempat menjamu selera, pejabat khas dan ruang niaga.

Menurut Zaidi, kos perbelanjaan untuk menaik taraf arena tersebut ditanggung sepenuhnya oleh D’Sanglau dengan menggunakan perbelanjaan sendiri.

“Kami membantu penganjur menyediakan tapak untuk Pesta Kaul Oya.

“Ini adalah satu komitmen D’Sanglau dengan menggunakan perbelanjaan sendiri.

“Ini merupakan satu komitmen untuk memastikan pesta tahunan ini berjalan lancar mengikut perancangan,” katanya.

D’ Sanglau merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama di Oya mengambil inisiatif membantu kerajaan melalui pelbagai kegiatan yang berorientasikan kesedaran alam sekitar dan pembangunan belia sejak ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jun 2006.

Sambutan kali ini akan menonjolkan beberapa artis terkemuka Sarawak iaitu Nai Dinamik, Clement Joy, Ranne Pat, Band Pyreel dan Kirafah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>