Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Pertandingan ratu cantik Bidayuh sempena Gawai Dayak

$
0
0

KUCHING: Buat pertama kali, Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) akan menganjurkan Pertandingan Ratu Cantik Bidayuh atau ‘Dayung Sangon’ sempena sambutan Gawai Dayak tahun ini.

Pengerusi jawatankuasa penganjur Dr Benedict Poris berkata pertandingan terbuka kepada semua gadis bujang berketurunan Bidayuh yang berusia antara 18 dan 28 tahun pada 10 Mei tahun ini dengan ketinggian sekurang-kurangnya lima kaki.

Setakat ini pihak penganjur sudah menerima lebih 20 penyertaan dan tarikh tutup ialah pada 14 April ini, katanya kepada pemberita, di sini.

Benedict berkata susulan sambutan memberangsangkan itu, pihaknya akan mengadakan pusingan awal pada 26 April ini bagi memilih 12 peserta ke peringkat akhir yang dijadualkan pada 10 Mei.

Gadis yang dinobat sebagai Dayung Sangon akan membawa pulang wang tunai RM3,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM2,000 dan RM1,000, katanya.

Menurut Benedict penganjur juga menyediakan sembilan hadiah sagu hati berjumlah RM200 setiap satu selain hamper barangan.

Mereka yang berminat menyertai pertandingan itu boleh menghubungi Kendy Edward di talian 019-8185807/010-9820257 atau Annie Teresa John (013-8166790).

Bagi yang ingin menyaksikan pertandingan akhir pula boleh membeli tiket pada harga antara RM300 dan RM1,000. Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Douglas Jipau di talian 017-8527038/013-8165459. — BERNAMA


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>