Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

PPMBK adakan Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-58

$
0
0

KUCHING: Persatuan Pedagang Motosikal dan Basikal Kuching (PPMBK) akan mengadakan Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-58 pada 3 Mei di Hotel Hilton di sini.

Pengerusi PPMBK Lau Soon Yiun berkata majlis tersebut adalah bertemakan ‘Keselamatan Jalan Raya Adalah Tanggungjawab Semua’.

“Sempena majlis itu, PPMBK mahu mempromosikan keselamatan dan pemeriksaan keselamatan ke atas motosikal berdasarkan pemegang sijil yang diiktiraf SKM PPT Tahap 1-3.

“Selain itu, ia juga bagi menyediakan ahli-ahli agar menyokong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melancarkan era tiada kad pendaftaran pada masa depan,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Pada masa sama, Lau berkata majlis juga akan diadakan secara sederhana sebagai tanda penghormatan kepada para penumpang penerbangan MH370.

“PPMBK hanya akan menawarkan 50 meja untuk dijual berbanding sebelumnya iaitu 80 meja,” katanya.

Pengerusi penganjur majlis ialah Ling Choon Huang yang juga bendahari PPMBK.

Tetamu khas majlis dijangka Presiden Persatuan Peniaga Motosikal dan Skuter Malaysia Wee Hong.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 016-8633899 atau 082-416697 (Corina Tan).


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>