Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Pembinaan semula blok HUS terbakar tunggu pelepasan DOSH

$
0
0

SEPAK MULA: Fadillah melakukan acara sepak mula pertandingan akhir futsal sempena Karnival Fiesta Mesra Belia Peringkat Bahagian Kuching 2014 di Kompleks Sukan Satok, Kuching semalam. — Gambar Muhd Rais Sanusi

KUCHING: Kerja-kerja pembaikan dan pembinaan semula bangunan blok baharu Hospital Umum Sarawak (HUS) yang terbakar Februari lepas hanya akan dimulakan selepas menerima pelepasan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata, sebarang kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan harus menjalani siasatan terlebih dahulu oleh DOSH bagi menentukan apakah punca kemalangan.

Dalam kes HUS, siasatan akan dilakukan oleh DOSH manakala kawasan yang terlibat dengan kemalangan perlu ditutup sehingga siasatan selesai dan tindakan sewajarnya diambil.

“Setakat ini keputusan belum dicapai dan kita masih memantau dan menunggu DOSH memberi penjelasan apakah hasil siasatan yang telah dilakukan.

“Kerja-kerja pembaikan dan pembinaan semula hanya boleh dilaksanakan selepas DOSH memberi pelepasan untuk berbuat demikian,” katanya.

Fadillah berkata demikian ketika ditemui pada Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Peringkat Bahagian Kuching di Kompleks Sukan Satok, Kampung No.6 di sini semalam.

Ditanya bila hasil siasatan akan dikemukakan, Fadillah yang kurang pasti mengenai perkara ini berkata persoalan ini perlu diajukan kepada Kementerian Sumber Manusia menerusinya Menterinya Datuk Seri Richard Riot.

“Siasatan sudah selesai tetapi maklumatnya adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia dan sebab itu saya tidak dapat hendak komen berkaitan dengan bidang kuasa yang dilaksanakan di bawah DOSH.

“Jika kejadian berpunca daripada kontraktor maka kita akan ambil tindakan ke atas kontraktor kerana kontraktor berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan CIDB di bawah Kementerian Kerja Raya,” jelasnya.

Pada kejadian yang berlaku petang 15 Februari 2014 itu, seorang pekerja Indonesia meninggal dunia akibat terhidu asap selepas kebakaran berlaku di sayap auditorium blok Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC).

Api dan asap tebal menyebabkan 151 pesakit termasuk bayi dan warga tua dipindahkan dari sembilan wad ke gelanggang tenis dan tempat letak kereta apabila penggera kebakaran berhampiran berbunyi.

Kejadian dipercayai berpunca daripada percikan api yang membakar bahan binaan dan sampah yang mudah terbakar dan menyebabkan asap tebal dengan pantas mengisi auditorium kimpalan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>