Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Usaha kolektif banyak menyumbang kepada pembinaan Kompleks DRLHC

$
0
0

SIBU: Usaha kolektif semua individu yang berdedikasi dan tidak mementingkan diri sendiri banyak menyumbang kepada merealisasikan pembinaan Kompleks Datuk Robert Lau Hoi Chew (DRLHC).

Pierre Lau, anak bongsu Mendiang Datuk Robert Lau yang mewakili keluarganya ketika berucap pada majlis perasmian kompleks tersebut berkata keluarganya bernasib baik kerana dijemput turut serta pada majlis berkenaan.

“Walaupun satu kebanggaan namun mereka yang harus menerima pujian adalah individu yang berdedikasi dan tidak mementingkan diri sendiri untuk merealisasikan pembinaan kompleks ini.

“Ini adalah bukti kepada kesungguhan anda dan legasi ini akan diteruskan oleh pelajar sekolah,” katanya pada Majlis Perasmian Kompleks DRLHC, di sini petang semalam.

Majlis itu dihadiri Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh.

Lau juga mengucapkan terima kasih kepada para pelajar dan guru yang menggunakan kompleks tersebut.

“Tanpa anda, bangunan ini tidak mempunyai makna dan tujuan.

“Anda akan menjadi orang yang akan mengisi setiap bilik darjah dan dewan kuliah dengan aktiviti pembelajaran, diharapkan dapat melahirkan idea-idea baharu yang bernas dan memberi inspirasi selain membentuk pemimpin masa depan, pemikir, ahli sains dan artis. Terima kasih semua kerana membantu bapa saya merealisasikan impiannya,” ujar Lau.

Menyentuh mengenai bapanya, Lau berkata bapanya mempunyai impian besar dan impian menyediakan pendidikan yang lebih baik untuk manfaat rakyat.

Sebagai anak bongsu daripada enam orang adik-beradik dalam sebuah keluarga miskin, beliau berkata bapanya adalah cukup bertuah kerana dihantar ke sekolah manakala adik-beradiknya yang lebih tua terpaksa bekerja keras menyokongnya.

“Dia bukanlah yang terbaik dalam bidang akademik.

“Beliau suka bermain tetapi walaupun semasa bermain dia secara semula jadi mengambil peranan kepimpinan.

“Kami mempunyai banyak cerita tentang bagaimana Robert Lau menjadi seorang yang hebat dan bercita-cita tinggi,” katanya.

Lau turut menggambarkan bapanya sebagai seorang yang tidak pernah berputus asa dan tidak mengharapkan pujian dan juga apa juga jenis balasan.

Selain itu, Robert Lau katanya seorang yang sangat mudah untuk bergaul tanpa mengira latar belakang orang lain.

Tambah Lau, bapanya bertekad mewujudkan peluang untuk setiap kanak-kanak, wanita dan lelaki asalkan beliau mampu melaksanakannya.

“Ia bertujuan memastikan semua orang mempunyai kualiti hidup lebih baik dan sempurna,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>