Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

MBM kutip RM900,000 caj lewat cukai pintu

$
0
0

Ia berikutan tawaran diskaun 50 peratus ke atas caj lewat bayar cukai pintu pemilik hartanah di Miri

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) berjaya mengutip hampir RM900,000 daripada tawaran diskaun 50 peratus ke atas caj lewat bayar cukai pintu pemilik-pemilik hartanah di sini.

Datuk Bandarnya, Lawrence Lai berkata jumlah bayaran kadar taksiran itu adalah untuk tempoh Januari hingga Mac yang turut menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu.

Dalam tempoh sama tahun lalu, MBM berjaya mengutip sejumlah RM647,000 cukai pintu terkumpul menerusi tawaran diskaun berkenaan.

“Sambutan begitu menggalakkan dan kami berharap penduduk Miri merebut peluang itu dengan menjelaskan cukai pintu tertunggak sebelum 31 Mei depan,” jelasnya.

Bayaran awal dapat mengelakkan mereka berdepan dengan masalah kesesakan di kaunter yang sering berlaku ketika pembayaran pada saat-saat akhir.

“Tinggal dua bulan lagi untuk mereka menikmati diskaun ini.

“Sekiranya semua mereka bergegas, kami khuatir akan berlaku masalah gangguan sistem komputer ketika proses pembayaran,” katanya.

Menurut Lawrence, pembayaran harus dilakukan di Pusat Sehenti di bangunan letak kereta MBM.

Dalam pada itu, MBM berjaya mengutip sejumlah RM4.57 juta kadar taksiran atau cukai pintu dalam tempoh Januari hingga Mac.

Lawrence berkata, jumlah tersebut adalah peningkatan 11 peratus berbanding RM3.95 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

“Untuk sepanjang tahun ini, kami menyasarkan mengutip sejumlah RM41.6 juta cukai pintu.

“Sasaran itu meningkat berbanding RM40 juta pada tahun lalu,” jelasnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>