Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Lagi rumah panjang terbakar, 150 terjejas

$
0
0

MEREBAK PANTAS: Kelihatan api marak memusnahkan rumah panjang tersebut petang semalam.

SERIAN: Sebuah rumah panjang 26 pintu yang didiami lebih daripada 150 penghuni di Kampung Raih di Batu 27, Jalan Kuching-Serian di sini musnah dalam kebakaran petang semalam.

Difahamkan, kebakaran tersebut yang berlaku seki­tar jam 3.20 petang turut menyebabkan seorang wanita berusia 20-an melecur di muka dan tangan ketika menyela­matkan diri.

Ketua Balai Bomba Siburan Zuliana Sarkawi memberitahu mangsa bagaimanapun stabil dan telah diberi rawatan kecemasan oleh pihak para­medik sebelum dikejarkan ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut.

“Kebakaran memusnahkan keseluruhan struktur rumah panjang berkenaan di mana seorang wanita yang melecur di muka serta tangannya ketika menyelamatkan diri dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Serian.

“Difahamkan, rumah pan­jang tersebut dihuni leb­ih daripada 150 orang dan kesemua penduduk berjaya menyelamatkan diri sebelum api semakin marak,” katanya ketika dihubungi pemberita semalam.

Menurutnya, pihak forensik kebakaran masih menjalankan siasatan berhubung punca kebakaran.

“Punca setakat ini masih dalam siasatan, namun dari­pada maklumat awal orang awam, api dipercayai bermula dari pintu ke-18 dan merebak dengan cepat memusnahkan rumah panjang berkenaan,” kata Zuliana.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, seramai 12 anggota yang diketuai Ketua Zon Kota Samarahan Azman Julaihi dari Balai Bomba Siburan dan Serian bergegas ke tempat kejadian menggunakan dua jentera bomba.

“Jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira 12 kilometer dari Balai Bomba Siburan pada jam 3.40 petang dan api berjaya dikawal pada jam 4.15 petang,” katanya.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>