Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Sembilan cedera dalam kemalangan berantai empat buah kereta

$
0
0

MALANG: Keadaan kawasan tempat kemalangan membabitkan empat kenderaan, semalam.

SIBU: Sekurang-kurangnya sembilan orang cedera selepas empat kereta berlanggar di Jalan Wong King Huo, di sini sekitar jam 12.45 tengah hari semalam.

Difahamkan, sebuah kereta jenis Toyota Vios yang sedang menghala ke pusat bandar merempuh bahagian be­lakang sebuah kereta Proton Wira menyebabkan kereta terbabit terbabas ke tepi jalan.

Kereta Toyota Vios terba­bit yang hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan kemudian merempuh sebuah lagi kereta Proton Saga.

Situasi bertambah buruk apabila sebuah kereta Honda City dipercayai turut hilang kawalan merempuh kereta Proton Saga terbabit dari arah belakang.

Pemandu kereta Pro­ton Wira serta seorang pe­numpang wanita dikejarkan ke Hospital Sibu.

Manakala pemandu kereta Toyota Vios serta anak dan isterinya dikejarkan ke sebuah pusat perubatan oleh orang awam.

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut bergegas ke tempat kejadian bersama pasukan paramedik Hospital Sibu serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Dalam pada itu, penumpang dan pasangan yang menaiki kereta Proton Saga turut mendapatkan rawatan di Hospital Sibu.

Kedua-dua mangsa yang merupakan penjual sayur difahamkan dalam perjalanan menuju ke rumah mereka di Jalan Merpati, di sini ketika insiden berlaku.

Salah seorang daripada mereka cedera di kaki mana­kala seorang lagi mengalami konkusi.

Manakala pemandu kereta Honda City cedera di kedua-dua bahunya, manakala is­teri mangsa yang duduk di bahagian belakang cedera di dada.

Tiga lagi penumpang kereta Honda City turut tercedera.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>