Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Interhill Group di seluruh Sarawak menyertai ‘Earth Hour’

$
0
0

MIRI: Kakitangan Interhill Group seluruh Sarawak menyertai program ‘Earth Hour’ malam kelmarin bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam.

Pengurus Komunikasi Korporat Syarikat Interhill Group Agnes Nyelang berkata, syarikat berkenaan memadam lampu selama sejam bagi memberi sokongan kepada aktiviti yang bertujuan melindungi bumi.

“Aktiviti itu juga sebahagian daripada usaha kempen ‘Interhill 365 Green Days’ yang berlangsung setiap tahun,” katanya di sini semalam.

Beliau yakin usaha dilakukan dengan kerjasama kakitangan syarikat terbabit mampu memberi impak besar terhadap alam sekitar serta meningkatkan kesedaran masyarakat melalui usaha itu.

Menurutnya, sokongan terhadap ‘Earth Hour’ serupa usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk alam sekitar dengan mempraktikkan amalan perniagaan dengan keupayaan sokongan tersebut untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan bumi.

Di samping itu, Interhill Group bersama pihak berkepentingannya juga sentiasa menggalakkan kempen atau usaha ‘hijau’ dengan penggunaan minimum elektrik dalam aktiviti seharian.

Aktiviti ‘Earth Hour’ merupakan kempen global yang melibatkan berjuta rakyat di lebih 135 negara di dunia yang memadamkan lampu bagi tempoh satu jam.

Katanya ia turut dijadikan amalan baharu dengan memadamkan penggunaan lampu melebihi sejam bagi terus menyokong serta membantu perlindungan bumi.

Tambah beliau, dengan adanya rangkaian Internet serta di sebalik mesej ‘Earth Hour’ diharapkan mampu menarik lebih ramai penyertaan orang awam.

“Dengan penyertaan yang semakin bertambah, kita mampu membina masyarakat global yang komited melindungi bumi,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>