KUCHING: Ketua Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bengoh Datuk Dr Jerip Susil semalam mendakwa dua puak dalam SUPP yang bertelingkah sejak 2011 masih belum berbincang mengenai proses perdamaian mereka.
Beliau merujuk kepada kumpulan diketuai Ketua SUPP Sibu Dato Sri Wong Soon Koh dan Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin yang mana kali terakhir mereka dilihat bersemuka adalah semasa Perhimpunan Tritahunan (TDC) SUPP pada Disember 2011.
Namun begitu, Chin telah memaklumkan kepada media baru-baru ini bahawa peluang SUPP untuk berdamai kembali cerah dan kini berada di landasan untuk dipulihkan.
Apabila dihubungi sema-lam, Dr Jerip yang juga jurucakap bagi kumpulan Wong meluahkan perasaan tidak bersetuju dengan kenyataan Chin bahawa peluang SUPP pulih kembali cerah.
Sebaliknya, Dr Jerip memberitahu: “Tiada perbinca-ngan mengenai perdamaian telah berlaku.
“Saya menghormati hasrat Ketua Menteri (Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem) untuk tidak membincangkan perkara ini di dalam akhbar.
“Dan sepatutnya dalam kes ini, perbincangan secara peribadi merupakan cara terbaik. Oleh itu, kita tidak perlu melaporkan apa-apa kepada akhbar mengenainya,” tegasnya.
Dr Jerip memberitahu, beliau menyokong sekiranya kedua-dua pihak bersemuka dan berbincang mengenai isu dan masalah mereka secara peribadi.
“Dalam usaha kita untuk maju ke hadapan, kita mesti berbincang secara peribadi dengan ikhlas, jujur dan bersikap terbuka terhadap masing-masing,” jelasnya.
Walaupun beliau tidak menyebut mengenainya, Dr Jerip jelas merujuk kepada formula ‘Moving Forward’ Adenan yang telah diaplikasi-kan pada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dengan anggota Kumpulan Berlima (G5).
SPDP dan G5 bejaya di-damaikan baru-baru ini selepas penubuhan G5 berikutan pemecatan lima pemimpin sejak November 2011.
Dalam perkembangan lain, SUPP dijadual menangguh seketika TDC mereka pada 22 hingga 24 Ogos tahun ini.
Ia dipercayai mempu-nyai kaitan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang masih belum mengeluarkan keputu-san berhubung status parti tersebut.