Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Pembinaan Klinik 1Malaysia beri manfaat kepada penduduk Nanga Tada

$
0
0

KANOWIT: Pembinaan Klinik 1Malaysia di Nanga Tada dekat sini akan memberi manfaat kepada penduduk setempat, kata Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang.

Menurutnya, klinik tersebut kini sedang dibina dan apabila siap kelak ia akan memberi tanda kepada rakyat bahawa kerajaan sentiasa prihatin dengan aspek kesihatan rakyat selain aspek pembangunan lain.

“Kerajaan komited terhadap hal-hal yang berkaitan dengan rakyat khususnya dalam melaksanakan pembangunan untuk rakyat.

“Aspek kesihatan adalah salah satu daripadanya,” ujarnya semasa merasmikan Program Bantuan Rumah (PBR) milik Sio Maja di Nanga Tada dekat sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Kesyukuran Atas Pelantikan Kaunselor Chua Sabai menjadi ahli Majlis Daerah Kanowit (MDK) di Rumah Malam Jabu, juga di Nanga Tada.

Hadir sama ialah Penghulu Ugak Seribu dan Kaunselor Chua Sabai.

Kata Aaron lagi, sokongan dan kerjasama rakyat sangat diperlukan oleh kerajaan untuk meneruskan agenda dan pelan pembangunan kerajaan di negeri ini.

“Bagaimanapun, pembangunan akan tersekat sekiranya rakyat tidak menghargai apa yang telah kerajaan laksanakan.

“Justeru, sokongan padu rakyat sangat diperlukan bagi membolehkan anda semua menikmati pembangunan yang berterusan pada masa akan datang,” tambahnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>