Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Lelaki warga China jual telefon bimbit di jalanan diberkas

$
0
0

MIRI: Tindakan seorang lelaki warga China menjalankan perniagaan dengan menjual telefon bimbit di jalanan mengundang padah apabila dia kemudian diberkas seorang ‘pelanggan’ yang merupakan anggota polis.

Suspek yang berusia 24 tahun kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri setelah pemeriksaan lanjut yang dijalankan ke atasnya mendapati pasportnya telah tamat tempoh sah.

Terdahulu menurut sumber, suspek telah diberkas sekitar jam 1 petang semalam di Jalan Bendahara di sini oleh seorang anggota polis berpakaian preman yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Suspek cuba menjual satu unit telefon bimbit jenama Apple dengan harga RM200 kepada anggota polis terbabit.

Anggota terbabit yang mencurigai kegiatan suspek kemudian bertanyakan pasportnya berikutan bunyi pertuturannya agak berbeza dengan dialek Cina tempatan.

Pada awalnya, suspek berkeras memberitahu bahawa dirinya penduduk tempatan namun setelah didesak, dia akhirnya mengeluarkan pasportnya yang telah tamat tempoh sah pada 2013.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>