Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

BN bekerja keras terus kesinambungan pembangunan di Balingian, kata Simoi

$
0
0

MUKAH: Barisan Nasional (BN) akan bekerja keras untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di kawasan Balingian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata, kesinambungan pembangunan ini nanti akan diteruskan oleh wakil rakyat BN yang akan memenangi pilihan raya kecil bagi kawasan ini sedikit masa lagi.

“Kita percaya calon BN di kerusi Balingian ini iaitu Yussibnosh Balo mampu meneruskan agenda pembangunan di kawasan ini selepas memenangi pilihan raya kecil ini nanti,” ujarnya ketika ditemui selepas mengetuai kempen di Kampung Suyong, Balingian dekat sini semalam.

Turut menyertai kempen berkenaan ialah calon BN Yussibnosh Balo, Pemanca Mas Shamsiah Maslem serta ahli Jawatankuasa Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Suyong.

Simoi berkata, kawasan Balingian akan mundur sekiranya rakyat di kawasan itu memberi laluan kepada pihak pembangkang untuk menjadi wakil rakyat mereka nanti.

“Adakah anda ingin melihat anda mundur tanpa sebarang pembangunan? Kalaulah rakyat mahukan pembangunan pesat di kawasan ini, kita harus memastikan kawasan Balingian ini menjadi milik BN,” jelasnya.

Justeru, beliau turut menyeru rakyat di kawasan ini tidak mudah terpengaruh dengan janji pihak pembangkang sebaliknya janji tersebut hanya sekadar omong kosong.

“Apa yang kita semua lihat, sebelum ini, kerajaan BN yang banyak membawa perubahan di kawasan ini,” ujarnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>