Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

UCTS anjur Hari Terbuka 6 April

$
0
0

SIBU: Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) akan mengadakan Hari Terbuka pada 6 April depan di kampusnya.

Pengurus Kanan (Pemasaran dan Korporat) Lu Yew King berkata, Hari Terbuka tersebut bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi membolehkan pelawat mengetahui lebih lanjut mengenai UCTS.

“Pada 5 April depan adalah Festival Ching Ming dan secara tidak langsung banyak orang akan kembali dan pulang ke kampung halaman untuk bercuti.

“Saya berpendapat ini masa sesuai untuk menjemput orang ramai dan menyebarkan maklumat terkini mengenai UCTS,” ujarnya ketika ditemui kelmarin.

Hadir sama ialah dua Eksekutif Pasaran UCTS Winifred Swin dan Shahminan Samion.

Sementara itu, Lu memberitahu bahawa sesi taklimat dan ceramah mengenai UCTS akan diadakan pada hari tersebut dan ia dibahagikan kepada dua sesi.

“Sesi taklimat dan ceramah hanya akan dijalankan selama 30 minit oleh para dekan UCTS antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari manakala sesi seterusnya adalah antara jam 2 petang hingga 3 petang.

“Taklimat serta ceramah itu adalah menyentuh mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh UCTS serta perkara-perkara yang berkaitan.

“Orang ramai dijemput hadir bagi mendengar sesi taklimat dan ceramah bagi memudahkan mereka mengenali UCTS dengan lebih dekat lagi,” jelasnya.

Antara aktiviti sampingan yang dijalankan sempena Hari Terbuka UCTS itu ialah ceramah, pameran dan jualan makanan, jelajah sekitar kampus UCTS, persembahan pelajar UCTS (persembahan muzik, pertandingan pengucapan awam Toastmaster), pertandingan fotografi, cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan, derma darah dan sebagainya.

Menurut Lu lagi, pihaknya turut menjemput operator syarikat telekomunikasi dan bank untuk menyertai program itu serta dapat mendirikan gerai semasa hari tersebut.

“Beberapa sekolah menengah di sini telah mengesahkan penyertaan untuk terlibat dalam Hari Terbuka UCTS dengan mengambil bahagian dalam pameran dan jualan makanan.

“Hasil jualan itu akan diberi kepada sekolah berkenaan bagi tujuan amal. Ia bertujuan untuk jualan amal,” katanya.

Menyentuh mengenai pertandingan fotografi yang dianjurkan oleh UCTS, Lu memberitahu bahawa pertandingan itu adalah untuk mengambil gambar pemandangan UCTS.

“Pertandingan ini bermula bila-bila masa sahaja dan hasil gambar yang diperolehi hendaklah dihantar kepada pihak kami sebelum 6 April ini melalui e-mel. Pemenangnya akan diumumkan pada hari tersebut,” tambahnya.

Justeru, orang ramai yang tidak berpeluang mengunjungi UCTS sebelum ini, diseru supaya datang beramai-ramai pada hari terbuka tersebut kerana pihak UCTS pastinya merencanakan pelbagai program yang membolehkan anda mengenali UCTS dengan lebih dekat lagi.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi UCTS di talian 084-367300 atau melayari laman sesawang www.ucts.edu.my bagi mengetahui maklumat-maklumat mengenai UCTS.

Selain itu, orang ramai juga boleh mencari UCTS di akaun Facebook bagi mengetahui perkembangan-perkembangan dan pergerakan terkini UCTS.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>