Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Askar maut dalam kemalangan

$
0
0

KOTA SAMARAHAN: Keghairahan seorang anggota tentera untuk menyertai aktiviti sukan anjuran organisasinya berakhir tragedi apabila dia maut setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya, awal pagi semalam.

Mangsa ialah Norhafizatul Qomar Mohamad Kamil berusia 20 tahun, berasal dari Negeri Sembilan.

Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal menuju ke Stadium Kota Samarahan dari Kem Semenggo, Kota Sentosa terdahulunya berlanggar dengan sebuah motosikal yang ditunggangi oleh rakannya sendiri di Jalan Muara Tuang sekitar jam 7 pagi.

Ekoran pelanggaran tersebut, mangsa dikatakan tercampak ke laluan bertentangan menyebabkan sebuah motosikal yang dalam perjalanan menuju ke Kota Sentosa merempuh mangsa.

Impak daripada rempuhan tersebut menyebabkan mangsa parah di kepala dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS), namun disahkan meninggal selepas itu.

Sementara itu, penunggang motosikal yang dikatakan merempuh mangsa dilaporkantidak mengalami sebarang kecederaan dan telah beredar dari tempat kejadian sebelum kehadiran pihak berkuasa.

Beberapa anggota polis dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan hadir di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan berhubung kemalangan berkenaan.

Dalam satu kejadian berasingan, seorang lelaki nyaris maut setelah motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga di persimpangan lampu isyarat Pending, di sini.

Menurut sumber, kemalangan tersebut berlaku ketika mangsa, 23, dalam perjalanan menuju ke Bintawa, manakala kereta tersebut datang dari arah bertentangan sekitar jam 11.30 pagi.

Mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dikejarkan ke HUS untuk rawatan lanjut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles