Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

The Borneo Post SEEDS dilancarkan

$
0
0

KUCHING: Akhbar harian, The Borneo Post semalam secara rasminya melancarkan The Borneo Post SEEDS, laman berita atas talian pada The Borneo Post International Education Fair (BPIEF) Kelima di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini.

TBS Seeds (seeds.theborneopost.com) yang disasarkan kepada belia berumur dalam lingkungan 15 hingga 35 tahun merangkumi lima laman utama iaitu Focus, CampUSlife, YourSay, Lifestyles dan Pixels.

Seksyen Focus memaparkan artikel-artikel mengenai personaliti, isu semasa dan pelbagai acara, manakala CampUSlife memfokuskan kehidupan dalam kampus sama ada dari perspektif pelajar mahupun pensyarah.

Dalam seksyen itu, pembaca boleh mendapatkan berita mengenai program-program, kemudahan-kemudahan baharu, kelab dan persatuan, hasil projek dan penyelidikan yang dijalankan, serta pelbagai acara dijalankan termasuk di sekolah-sekolah.

Manakala, YourSay pula menjadi ruang nasihat dalam The Borneo Post SEEDS, serta landasan pembaca bagi menyalurkan permasalahan serta sebarang nasihat atau pandangan.

Seksyen Lifestyle pula menyediakan aktiviti atau gaya hidup sihat, makanan dan minuman, apa yang menarik di pawagam, apa yang menarik untuk dibaca atau didengar.

Pembaca turut dialu-alukan untuk menghantar gambar, sama ada yang diambil menggunakan kamera atau telefon pintar, kepada Pixels, dengan nama serta kapsyen gambar akan turut disiarkan.

The Borneo Post SEEDS juga akan menggabungkan tema untuk mingguan, bersama-sama ciri-ciri yang akan membolehkan pembaca mengundi foto kegemaran mereka.

Gambar paling digemari atau paling banyak menerima ‘Like’ akan dipaparkan sebagai ‘Foto Terbaik Minggu Ini,’ ‘Foto Terbaik Bulan Ini’ dan menjelang akhir tahun, sebuah pameran khas akan diadakan bagi memberi anugerah ‘Foto Terbaik Tahun Ini.’

Pelbagai pertandingan akan dianjurkan sepanjang tahun dari para penaja, di mana ia akan diumumkan di laman web.

Elemen yang paling penting dalam The Borneo Post SEEDS adalah mewujudkan dialog dengan pembaca melalui laman web forum dan juga halaman yang Facebook (facebook.com/theborneopostseeds), Twitter (@ borneopostseeds), Instagram.com/theborneopostseeds.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai The Borneo Post SEEDS atau bagaimana anda boleh menyumbang, e-melkan kepada seeds@theborneopost.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>