Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

NZWEEK misi perkukuh dagangan Asia Tenggara

$
0
0

KUCHING: Menteri Hal Ehwal Maori, New Zealand Dr Pita Sharples mengetuai misi perdagangan delegasi dari negara berkenaan ke Malaysia sempena Minggu New Zealand (NZWEEK) 2014 yang berlangsung di bandar raya ini.

Pada sidang media di sebuah hotel terkemuka di sini semalam, Dr Sharples berkata seramai 30 wakil dele-gasi dari 18 buah organisasi menyertai misi tersebut bagi memperkukuhkan hubu-ngan dagangan di rantau Asia Tenggara.

“Malaysia merupakan ra-kan perdagangan kelapan terbesar New Zealand dan ia merupakan pasaran penting bagi pengeluar-pengeluar utama kami termasuk pertumbuhan bilangan usahawan-usahawan dalam sektor lain termasuk pendidikan dan pelancongan.

“Misi perdagangan ini merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan untuk memperkukuhkan hubungan perdagangan di Asia Tenggara dan kami berharap lebih banyak kerjasama akan dicapai antara kedua-dua pihak pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu pada sidang media tersebut, Dr Sharples bagi pihak kerajaan New Zealand menyatakan rasa simpati mereka terhadap kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dalam perjalanan ke Beijing, China.

“Kami turut bersedih dengan apa yang berlaku ke atas pesawat serta penumpang MH370 dan turut sama berdoa akan keselamatan semua mereka yang terlibat dalam misteri kehilangan tersebut.

“Rakyat New Zealand tidak akan melupakan Malaysia yang merupakan antara negara pertama di dunia yang mewujudkan akaun bank untuk mengumpul dana membantu negara ini ketika berdepan dengan bencana gempa bumi,” kata Dr Sharples.

Mengulas lebih lanjut mengenai NZWEEK 2014, ia merupakan acara tahunan anjuran kerajaan New Zealand dan Dewan Perdaga-ngan New Zealand Malaysia (MNZCC).

Tahun ini, New Zealand mahu meneroka dan me-raikan sejarah mendalam dan kaitan budaya yang wujud antara Maori dengan pelbagai kumpulan etnik yang tinggal di Malaysia.

Bertemakan ‘Lima Mata Ikan’ atau dalam bahasa Maori ‘Rima Mata Ika,’ NZWEEK 2014 yang berlangsung di sini merangkumi pelbagai program termasuklah pame-ran Maori, projek mengukir kayu belian, persembahan kebudayaan Maori, lawatan ke Sungai Asap dan Sri Aman dan sebagainya.

Dalam pada itu, NZWEEK 2014 akan turut dilangsungkan di Kuala Lumpur dari 24 hingga 28 Mac, dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik seperti pameran makanan cita rasa New Zealand, bengkel kulinari, malam gala, perpadanan perniagaan, seminar ekopelancongan serta banyak lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>