KUCHING: Semua rakyat Indonesia yang bekerja dan berada di Sarawak diminta hadir ke Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) di sini pada 6 April untuk mengundi sempena Pilihan Raya Umum Indonesia bagi penggal 2014-2019.
Menurut Pengerusi Jawa-tankuasa Pilihan Raya Indonesia di Sarawak (Panitia Pemilihan Luar Negeri Sarawak – PPLN) Fathan Soetrisno, waktu mengundi adalah bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
“Di Sarawak, hari meng-undi bagi Pilihan Raya Umum Indonesia 2014 akan diadakan pada 6 April di KJRI Ku-ching bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
“Semua rakyat Indonesia yang layak mengundi adalah diminta hadir bagi menunai-kan tanggungjawab masing-masing demi masa depan negara,” katanya pada sidang media di KJRI Kuching, semalam.
Turut hadir ahli-ahli PPLN iaitu Andre Suharto, Adi Dewanto, Gun Mayudi dan Ahmad Suaidi.
Selain itu, Fathan berkata pihaknya akan membekalkan ‘peti undi mudah alih’ ke 153 lokasi yang dikenal pasti bagi membolehkan rakyat Indonesia yang tidak dapat pergi ke konsulat untuk mengundi secara terus dari tempat mereka berada atau bekerja.
“Kami akan memulakan jelajah ‘peti undi mudah alih’ ini dari 30 Mac hingga 5 April dengan menumpukan kawasan-kawasan kilang dan ladang,” katanya.
Untuk memastikan semua pengundi Indonesia di Sarawak dapat mengundi, Fathan berkata pihaknya juga akan menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia untuk menyampaikan undi melalui mel.
Dalam pada itu, PPLN turut memohon sokongan penuh daripada semua majikan yang menggaji rakyat Indonesia agar membenarkan pekerja masing-masing turun mengundi.
Menurut Fathan, terdapat seramai 98,530 rakyat Indonesia yang layak mengundi berada di Sarawak pada masa ini dengan lebih 70,000 orang berada di luar bahagian Ku-ching.
Pilihan Raya Umum Indonesia diadakan sebanyak dua kali di mana yang pertama adalah bagi memilih wakil rakyat di peringkat Parlimen dan kemudian disusuli dengan Pilihan Raya Presiden yang dijangka diadakan pada Julai tahun ini.
Pilihan raya kali ini turut menyaksikan pertandingan melibatkan 12 parti politik yang terdapat di seluruh Republik Indonesia di mana hari mengundi adalah ditetapkan pada 9 April.
Parti-parti politik terlibat ialah Parti NasDem, Parti Kebangkitan Bangsa, Parti Keadilan Sejahtera, PDI Perjuangan, Parti Golongan Karya, Parti Gerindra, Parti Demokrat, Parti Amanat Nasional, Parti Persatuan Pembangunan, Parti Hati Nurani Rakyat, Parti Bulan Bintang, Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia.
Untuk maklumat lanjut berhubung Pilihan Raya Umum Indonesia 2014, sila layari laman sesawang www.pplnsarawak.org atau kunjungi Facebook www.facebook.com/PPLNSarawak.
Anda juga boleh meng-hubungi talian 082-241 734/421 734, 012 8980181, 016 8877845 atau e-mel ke pemilusarawak@yahoo.co.id