Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Dua warga asing dipenjara kerana tinggal lebih tempoh

$
0
0

MIRI: Dua warga asing dalam dua kes berasingan masing-masing dijatuhi hukuman penjara antara 21 hari hingga tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen pagi semalam kerana kesalahan tinggal di negeri ini melebihi tempoh yang sah.

Hukuman itu dijatuhkan Timbalan Pendaftar Nasrul Hadi Abdul Ghani setelah menimbangkan beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan kedua-dua tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan dilakukan serta mengambil kira tempoh mereka tinggal melebihi masa yang ditetapkan di negeri ini.

Nyanyang, 25, dari Bandung dan Tarmi, 43, dari Jakarta, Indonesia telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 15 (4) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, Nyanyang ditangkap jam 7.15 malam, 4 Mac lalu di sebuah rumah di Jalan Permaisuri di sini untuk tujuan pemeriksaan kerana dipercayai warga asing,

Hasil pemeriksaan mendapati tertuduh yang berasal dari Bandung, Indonesia masih tinggal di negeri ini selepas pas lawatan sosial yang dikeluarkan kepadanya tamat tempoh sah pada 2 Mac lalu.

Manakala Tarmi berasal dari Jakarta ditangkap lima minit kemudian pada hari dan di tempat yang sama kerana kesalahan serupa.

Hasil pemeriksaan mendapati pas lawatan sosial yang dikeluarkan kepada tertuduh juga telah tamat tempoh sah pada 2 Mac lalu.

Mahkamah kemudian mengenakan hukuman penjara 21 hari ke atas Nyanyang dan tiga bulan ke atas Tarmi.

Mahkamah memerintahkan mereka dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran sebaik selesai menjalani hukuman penjara kelak.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>