Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Masyarakat kini makin sedar kepentingan perangi jenayah

$
0
0

KUCHING: Hakikat bahawa jenayah kini menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia mencerminkan sikap orang ramai yang semakin sedar tentang kepentingan memerangi jenayah dan mengamalkan pendekatan sifar tolak ansur terhadap jenayah, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, perkembangan ini juga menunjukkan rakyat Malaysia ingin melihat lebih banyak usaha dilakukan bagi menangani jenayah dan mereka tidak lagi memandang ringan tentang perkara itu.

“MCPF menyambut baik perkembangan ini dan ingin melihat kebimbangan yang semakin meningkat ini diterjemahkan kepada peningkatan penyertaan orang ramai dalam program pencegahan jenayah serta kegiatan yang dianjurkan yayasan itu.

“Sepatutnya, lebih banyak rakyat Malaysia daripada semua kaum melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan pencegahan jenayah di kawasan masing-masing,” katanya di sini semalam.

Lee berharap lebih banyak rakyat Malaysia melibatkan diri dengan program dan kegiatan pencegahan jenayah anjuran persatuan penduduk, persatuan perniagaan dan pertubuhan

bukan kerajaan lain bagi meningkatkan kesedaran mereka tentang langkah yang boleh dan perlu diambil untuk mencegah jenayah.

“Objektif akhirnya ialah untuk menyemai atau menyuntik budaya pencegahan jenayah dalam kalangan masyarakat agar tiada sesiapa pun memandang ringan tentang jenayah,” katanya. — Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>