Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Naroden yakin Adenan teruskan dasar, legasi Taib

$
0
0

SIMUNJAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Datuk Mohd Naroden Majais yakin Ke-tua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dapat meneruskan dasar dan legasi bekas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurutnya yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Adenan merupakan seorang calon terbaik menggantikan Taib memandangkan beliau seorang pakar dalam bidang politik dan mempunyai ba-nyak pengalaman sama ada di peringkat kerajaan perse-kutuan mahupun negeri.

Beliau turut menyifatkan Adenan mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang dapat meneruskan hala tuju negeri yang telah ditetapkan Taib sebelum ini.

“Saya yakin dan percaya melalui pengalaman yang banyak dan lama dalam politik, beliau dapat mengikut jejak langkah Taib meneruskan agenda pembangunan negeri ini.

“Dengan sokongan barisan kabinet dan kompenan BN di Sarawak, saya yakin beliau dapat meneruskan dasar-dasar dan legasi Pehin Sri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Penyerahan BR1M 3.0 bagi DUN N.21 Simunjan di Dewan Mesra Majlis Daerah Simunjan di sini, semalam.

Naroden yang juga Menteri Muda Perancangan Sumber memberitahu, pelbagai pembangunan telah dikecapi Sarawak pada hari ini hasil kepimpinan cemerlang Taib.

Salah satu daripadanya melalui pembangunan Kori-dor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang telah membuka peluang pekerjaan kepada generasi baharu.

“Pehin Sri telah meletakkan landasan yang kuat untuk pembangunan Sarawak ter-utama melalui SCORE.

“SCORE membuka lambang baharu yang mana ia memerlukan tenaga mahir yang kuat.

“Ini pastinya memberi pe-luang kepada generasi baharu yang berkemahiran mendapat gaji yang tinggi.

“Dengan peluang kerja yang banyak, gaji yang tinggi dan pendidikan kemahiran yang banyak kita boleh kata-kan Sarawak setanding dengan negeri maju yang lain,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga yakin Adenan sama seperti Taib dapat meneruskan program pembangunan di kementerian yang telah disusun di seluruh negeri.

Naroden yang mewakili rakyat Simunjan khasnya dan Batang Sadong amnya turut mengucapkan tahniah dan rasa bertuah kepada Ketua Menteri dan Yang di-Pertua Negeri yang kedua-duanya pernah menjadi pemimpin di kawasan Samarahan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles