Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Pembekal sayur lapor polis kerana pemilik kantin tidak bayar hutang

$
0
0

SIBU: Sepasang suami isteri membekalkan sayur-say­uran ke sebuah kantin di sini membuat laporan polis selepas pemilik kantin enggan membayar hutangnya.

Menurut pasangan petani berasal dari Sungai Bidut di sini, mereka membekalkan sayur-sayuran kepada pemi­lik kantin terbabit sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, bayaran diterima daripada pengusaha kantin itu semakin tidak stabil sejak Oktober tahun lalu se­hingga pasangan suami isteri itu terpaksa menghentikan bekalan ke kantin tersebut awal Disember tahun lalu.

Menurut pengadu, bias­anya dia menghantar bekalan sayur bernilai lebih-kurang RM3,000 setiap bulan.

Namun, dalam tempoh Oktober hingga Disember lalu pemilik kantin tersebut ber­hutang kira-kira RM10,000 kepada pasangan petani itu.

Sejak lewat tahun sehingga sekarang pasangan tersebut cuba menuntut bayaran dari­pada pemilik kantin terbabit, tetapi tidak berhasil.

Kali terakhir menuntut bayaran, pasangan suami isteri itu diberitahu oleh pemilik kantin berkenaan bahawa dia akan menyuruh orang lain untuk berbincang dengannya mengenai masa­lah tersebut.

Curiga dengan kata-kata itu mempunyai unsur-unsur ugutan, pasangan suami is­teri tersebut memaklumkan masalah berkenaan di Balai Polis Sentral, di sini pagi semalam.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>