Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Majlis Perbandaran Sibu naikkan saman letak kenderaan secara haram, kata Andrew Wong

$
0
0

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) semalam membuat keputusan menaikkan saman meletakkan kenderaan secara haram di bahu jalan (road pavement) dan zon memuat serta memunggah barang kepada RM100, berkuat kuasa hari ini.

Timbalan Pengerusi MPS Datuk Andrew Wong berkata, sebelum itu MPS telah mengenakan saman RM50 bagi kesalahan tersebut namun dinaikkan kepada RM100 berikutan peningkatan kos membaiki bahu jalan.

“Bagi kesalahan meletakkan kenderaan secara haram, MPS masih mengenakan saman RM30. MPS terpaksa menanggung kerugian disebabkan mereka yang meletakkan kenderaan di bahu jalan.

“MPS berharap orang ramai dapat memberi kerjasama bagi memastikan masalah kesesakan lalu lintas dapat diselesaikan,” jelasnya pada Mesyuarat Penuh Bulanan MPS di bilik mesyuarat MPS, semalam.

Cadangan menaikkan saman atas kesalahan meletak kenderaan secara haram di bahu jalan dan zon memuat serta memunggah barang telah dikemukakan oleh Wong dan diluluskan serta-merta.

Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King berkata, MPS mengenakan tindakan tegas kepada mereka yang meletakkan kenderaan secara haram di Jalan Channel, Jalan Khoo Peng Loong, Jalan Central, Raminway, Jalan Sanyan, Jalan Market dan High Street.

“Di bawah kepimpinan timbalan pengerusi MPS, unit trafik telah mengenakan saman kepada 16 pemilik kereta dan 15 pemilik motosikal kelmarin dan pagi ini (semalam) MPS telah mengeluarkan saman kepada 14 pemilik kereta dan 11 pemilik motosikal yang diparkir secara haram berdekatan Pasar Sentral Sibu.

“Selain itu, MPS telah mengenakan saman kepada 26 pemilik kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka secara haram di sepanjang zon memuat dan memunggah barang di tingkat bawah tempat letak kereta bertingkat,” ujarnya.

Katanya MPS akan terus mengambil tindakan tegas kepada mereka yang meletak kenderaan secara haram di jalan-jalan utama di kawasan bandar dan berharap orang ramai memanfaatkan kemudahan tempat letak kereta bertingkat yang disediakan MPS.

“Pihak majlis berharap orang ramai dapat memanfaatkan kemudahan tempat letak kereta bertingkat yang disediakan oleh MPS daripada meletakkan kenderaan secara haram yang menyebabkan kesesakan lalu lintas kepada pengguna jalan raya lain.

“MPS tidak akan melayan sebarang permintaan untuk pengurangan dan pengecualian saman dikenakan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>