Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Mangsa banjir daftar JKM terima RM500

$
0
0

SIBU: Semua mangsa banjir di negeri ini yang mendaftarkan diri mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan diberi bantuan wang tunai sebanyak RM500 bagi setiap keluarga.

Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri (MKN) Mejar Mohd Yusni Abu Bakar berkata, bantuan itu adalah daripada Tabung Bencana Negara.

“Bantuan itu akan diagihkan mulai bulan ini sehingga April depan untuk semua mangsa di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan yang diadakan di Dewan Suarah Sibu di sini semalam.

Majlis tersebut disempurnakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh.

Pun begitu, Mohd Yusni bagaimanapun enggan mendedahkan keseluruhan jumlah penerima bantuan berkenaan di seluruh negeri.

Jelas beliau, seramai 542 penerima bantuan tersebut merupakan penduduk yang dilanda bencana banjir di kawasan Selangau.

Manakala 249 penerima lagi adalah mereka yang tinggal di sekitar kawasan Sibu dan 300 penerima bantuan adalah dari kawasan Kanowit.

Sementara itu, Sibu Residen Sim Kok Kee yang berucap pada majlis berkenaan menjelaskan bahawa bantuan itu bukan pampasan kepada harta benda yang rosak akibat kejadian banjir.

“Bantuan ini diberikan bertujuan membantu meringankan beban mereka yang terjejas akibat bencana berkenaan yang melanda kira-kira dua bulan lalu.

“Saya percaya jumlah kerosakan yang dialami oleh mangsa-mangsa adalah lebih besar daripada jumlah bantuan yang diberikan pada hari ini,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>