Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Tun Salahuddin hadiri Majlis Mesyuarat Raja-Raja

$
0
0

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin menghadiri Majlis Mesyurat Raja-Raja di Istana Negara, di Kuala Lumpur, semalam.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari itu dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Raja-raja Melayu selain turut diiringi Menteri Besar masing-masing kecuali Pahang yang diwakili Tengku Mahkota Pahang manakala Perak pula diwakili Raja Muda Perak.

Sementara itu, kesemua Yang di-Pertua Negeri hadir selain diiringi Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak, Ketua Menteri diwakili oleh Menteri Kemudahan Awam Negeri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Mesyuarat pada hari kedua hari ini menyaksikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim dijangka hadir sama sambil diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>