Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Hari Discovery Curtin dapat sambutan menggalakkan

$
0
0

MIRI: Hari Discovery Curtin yang dianjurkan oleh Curtin University Kampus Sarawak (Curtin Sarawak) di kampusnya baru-baru ini,  berjaya menarik minat pengunjung tentang kursus, kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan universiti antarabangsa itu khasnya pengambilan pelajar pada bulan depan.

Aktiviti itu menarik perhatian lebih 100 pelajar berpotensi yang kebanyakannya adalah bekas pelajar tingkatan lima dari bahagian Miri dan Bintulu.

Aktiviti turut menarik pe-nyertaan pelajar dari negara jiran Brunei Darussalam.

Pelajar diberi taklimat tentang program dan kursus pengajian baharu seperti program pengenalan ‘The Pathway to Foundation Programme’ dan Sarjana Muda Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Alam Sekitar.

Program pengenalan dilaksanakan bermula 7 April sementara pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan bermula pada Julai.

Turut dianjurkan pada hari itu ialah bicara tentang Skim Biasiswa Curtin Sarawak, bica-ra akademik, sesi ‘meet and greet’ bersama pakar akademik Curtin, lawatan kampus, ujian personaliti dan kerjaya serta sesi kaunseling kursus.

Pegawai dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga hadir untuk memberi maklumat bantuan kewangan pendidikan kepada pelajar.

Proses pengambilan pelajar untuk bulan Mac masih dilaksanakan.

Kursus ijazah bermula pada 3 Mac manakala kursus asas akan bermula pada 24 Mac.

Lepasan sekolah, termasuk pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan STPM mereka boleh menggunakan keputusan ramalan mereka untuk memohon.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 085-443 893 atau e-mel enquiries@curtin.edu.my.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>