Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Pekerja tongkang pasir warga Myanmar dikhuatiri lemas

$
0
0

MUKAH: Seorang pekerja tongkang pasir warga Myanmar dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai, semalam.

Mangsa yang identitinya belum diketahui, dikatakan terjatuh semasa dalam perjalanan menyusuri Sungai Tanjung Pedada, di sini.

Maklumat awal dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mendedahkan bahawa pihaknya menerima laporan kejadian daripada polis jam 2.25 petang.

Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan serta-merta menggunakan bot penyelamat dengan bantuan polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Operasi ditamatkan semalam dan disambung jam 7 pagi ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>