Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

MPS beri wajah baharu sembilan tandas awam

$
0
0

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menjalankan kerja pembaikan ke atas sembilan tandas awam di sini dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Datuk Tiong Thai King berkata, projek dijalankan di bawah Program My Beautiful Malaysia oleh Jabatan Kerajaan Tempatan.

Tambah beliau, tandas yang terletak di Jaya Lihua Market, Taman Grand Heights, Pasar Jalan Tiong Hua, Pasar Sungai Merah, Sungai Antu, Jalan Sukun, Terminal Bas Pahlawan, Taman Permai dan Pintu Gerbang Sibu. “Projek yang menelan kos RM156,428 akan memberikan wajah baharu kepada tandas. Ia akan melibatkan pembaikan dan kerja-kerja mengecat semula,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat bulanan MPS di Wisma Sanyan, semalam.

Tiong berkata, kerja akan mengambil masa sebulan dan dijangka siap sebelum hujung bulan September.

Sementara itu, beliau berkata majlis itu akan membuat tindakan susulan dengan polis berhubung kes serangan fizikal atau lisan terhadap warden tempat letak kenderaan termasuk pegawai penguat kuasa.

Tiong berharap orang ramai dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada warden letak kenderaan untuk menjalankan tugas mereka.

“Jangan menghalang mereka daripada menjalankan tugas dengan melakukan serangan secara fizikal atau lisan.

“Semua warden letak kenderaan diingatkan supaya membuat laporan polis terhadap sesiapa sahaja yang cuba untuk menghalang mereka daripada menjalankan tugas mereka,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Tiong berkata, MPS akan mengenakan bayaran tempat letak kereta di kawasan komersil Farley bermula 1 September ini.

Terdahulu, beliau menyampaikan tanda penghargaan kepada empat kakitangan MPS yang bersara.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Latest Images

<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>