Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

TERAS dakwa Romulus suka bercakap kosong

$
0
0

MIRI: Pihak akar umbi Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) mempersoal Timbalan Pengerusi Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Marudi, Romulus Agan hanya bercakap kosong dan tidak pernah turun padang ke rumah panjang di Marudi.

Akar umbi TERAS memberitahu kenyataan Romulus adalah cakap kosong semata-mata dan tidak mengetahui realiti sebenar keadaan politik akar umbi.

Jelas kumpulan ini, Romulus tidak mengetahui bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Sylvester Entri Muran adalah calon boleh menang Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendapat tempat di hati rakyat.

Kumpulan ini terdiri daripada Tuai Rumah (TR) Linggi Usar, Pengerusi Teras Sungai Urong, Bakong, TR Empaga Entebang (TERAS Sungai Beluru), TR Bai Janggat (Sungai Lepong) TR Saba Bagus (Sungai Selepin Atas) dan TR Budy Ayai (Selepin Tengah).

“Siapa Romulos Agan? Dia bukan pengundi di Marudi dan kita tidak tahu beliau adalah Timbalan Pengerusi SPDP,” katanya dalam satu kenyataan kepada Borneo Post semalam.

Mereka berkata sedemikian sebagai maklum balas Romulos yang mempertahankan Pengerusi SPDP Datuk Tiong King Sing yang tidak setuju bahawa Entri adalah calon boleh menang di Marudi.

Empat pemimpin akar umbi setelah itu turut membuat kenyataan balas terhadap Tiong yang tidak bersetuju dengan pengumuman Entri kekal sebagai calon.

Dalam kenyataan semalam, lima pemimpin akar umbi TERAS mencabar Romulus yang hanya boleh memberikan seberapa ramai keahlian SPDP.

“Dia boleh cakap seberapa ramai ahli tetapi, kami di peringkat akar umbi lebih tahu tentang realiti dan kekuatan sebenar,” jelas mereka lagi.

TR Linggi memberitahu bahawa mereka sedar di peringkat akar umbi bahawa perkhidmatan serta sumbangan Entri sejak terpilih menjadi wakil rakyat pada 1996 masih kuat dan kukuh serta berpengaruh di konstituensi berkenaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>