
IKHLAS: Nyambong (tengah) dan beberapa Ahli MDLA serta tuai rumah hadir menyerahkan kambing dan lembu kepada penduduk Kampung Melayu Engkilili, kelmarin.
ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa telah menyumbang tujuh ekor kambing biri-biri kepada masyarakat Islam Kampung Melayu Engkilili manakala tiga ekor lagi kepada IPD Lubok Antu.
Sumbangan yang disampaikan oleh Ahli Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA), Kaunselor Nyambong Maweng yang mewakili Dr Rayong kepada Ketua Kampung (KK) Kampung Melayu Engkilili, Ahmad Suhaili Ahmad itu turut menyerahkan seekor lembu sumbangan Datuk William Nyalau Badak sempena kedatangan Aidilfitri kali ini.
Majlis ringkas penyerahan sumbangan telah berlangsung di Masjid Kampung Melayu Engkilili, di sini, kelmarin.
Turut hadir pada majlis itu beberapa tuai rumah dan ahli Majlis Daerah Lubok Antu sekitar pekan Engkilili.