
SELESAI MESYUARAT: Ahmad Zahid bersalaman dengan Awang Tengah selepas selesai pertemuan khas dengan Taib, semalam. Turut kelihatan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri). — Gambar Chimon Upon
KUCHING: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mengadakan pertemuan khas bersama Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri di Wisma Bapa Malaysia.
Taib dilihat tiba sekitar jam 10.31 pagi, manakala Ahmad Zahid pada kira-kira jam 10.53 pagi.
Dua calon yang disebut-sebut bakal penganti Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut dilihat hadir.
Hadir sama Timbalan Ke-tua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Peter Chin dan Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan.
Pemimpin BN negeri dilihat mula meninggal Wisma Bapa Malaysia sekitar jam 1.30 tengah hari, manakala Ahmad Zahid kira-kira jam 2.20 petang.
Mengikut jadual awal yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lepas, pertemuan khas tersebut adalah berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11 dijangka pada 2016.
Bagaimanapun, pegawai KDN memberitahu pertemuan Ahmad Zahid bersama Taib merupakan kunjungan hormat.
Dalam laporan akhbar ini semalam, Taib memba-yangkan bakal bersara pada hujung bulan ini meman-dangkan beliau memerlu-kan sedikit masa lagi untuk menyempurnakan hasratnya.