Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Chin yakin KM baharu akan bantu selesai masalah SUPP

$
0
0

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Peter Chin yakin Ketua Menteri Sarawak yang baharu akan membantu menyelesaikan masalah dihadapi parti itu ketika ini.

Beliau berkata SUPP percaya Ketua Menteri yang baharu kelak akan memberi khidmat nasihat kepada parti dan mempunyai cara tersendiri menanganinya.

Bagaimanapun ujarnya, masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian tambahan beliau tidak dapat membaca fikiran bakal Ketua Menteri baharu mengenai permasalahan dihadapi SUPP.

“Perkara ini kita perlu serahkan kepada Ketua Menteri yang baharu untuk membuat keputusan, saya tidak boleh membaca fikirannya… apa yang akan beliau lakukan tetapi kemungkinan besar beliau akan memberi nasihat kepada SUPP.

“Namun saya yakin tiga calon yang dinyatakan bakal menggantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri amat dikenali secara peribadi juga rasminya.

“Jadi saya yakin kita boleh berbincang dengan sebaik mungkin dan memanfaat segala khidmat nasihat diberikan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat BN Negeri yang dipengerusikan Taib.

Menurut Chin antara perkara dibincangkan dalam  mesyuarat tersebut ialah persaraan Taib selaku Ketua Menteri pada penghujung Februari ini.

Mengenai persaraan Taib, Chin berkata SUPP menghormati keputusannya itu dan amat berterima kasih atas sumbangan tidak ternilainya kepada rakyat dan parti sejak menjadi Ketua Menteri pada 1981.

“SUPP ucapkan terima kasih kepada Pehin Sri atas sumbangan tidak ternilai beliau ketika berkhidmat dalam pelbagai kapasiti di peringkat persekutuan dan negeri.

“SUPP mendoakan beliau dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib akan melalui tempoh persaraan  menggembirakan dan berharap pengganti beliau nanti serta yang lain akan mendapat manfaat daripada pengalaman beliau,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>