KUCHING: Hospital Pakar Kuching menyaksikan kelahiran empat bayi pada tarikh istimewa 11 Disember 2013 (11.12.13).
Menerusi satu kenyataan semalam, pengurusan hospital berkata kelahiran mereka membawa pengertian kepada keluarga terbabit terutama pada tarikh istimewa itu.
Bayi-bayi itu terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.
Seorang bayi lelaki seberat 2.93 kilogram dilahirkan pada jam 1.17 pagi, disusuli seorang lagi bayi lelaki seberat 2.96 kilogram dilahirkan pada jam 2.22 pagi, manakala bayi perempuan 2.64 kilogram dilahirkan pada 8.51 pagi dan seterusnya bayi 3.49 kilogram dilahirkan pada 10.46 pagi.