Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Lebih 200 kekosongan jawatan jururawat di Sarawak

$
0
0

Oleh Mahathir Haroun//

 

KUCHING: Lebih 200 kekosongan untuk jawatan jururawat pelbagai kategori terdapat di negeri ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Datu Dr Zulkifli Jantan.

Beliau berkata, setiap tahun terdapat penambahan jururawat bagi memastikan kekosongan jawatan itu diisi memandangkan bilangan jururawat di negeri ini masih kurang.

Di sebalik penambahan jururawat setiap tahun, menurutnya, jawatan itu masih mengalami kekurangan disebabkan ada kalangan jururawat bersara meskipun terdapat 9,179 jururawat yang berkhidmat di bawah Jabatan Kesihatan Negeri.

“Terdapat lebih 200 kekosongan jawatan untuk pelbagai kategori jururawat biarpun terdapat 500 hingga 600 peningkatan (bilangan jururawat setiap tahun).

“Lebih kurang 50 hingga 60 jururawat bersara setiap tahun dan turut menyumbang kepada kekurangan bilangan tenaga kerja bagi jawatan ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang semalam.

Dr Zulkifli menjelaskan, pada masa ini purata jururawat adalah pada kadar seorang untuk 250 pesakit.

“Kita mahu pada masa akan datang purata ini berubah kepada seorang jururawat kepada 150 pesakit,” ujarnya.

Pembinaan hospital baharu di Petra Jaya juga, katanya, memerlukan sekitar 300 hingga 400 orang jururawat.

“Hospital baharu di Jalan Diplomatik menempatkan 300 katil dan ramai jururawat diperlukan,” jelasnya.

Beliau menambah, pada masa akan datang profesion jururawat akan ditambah baik terutama membabitkan jururawat masyarakat.

“Jururawat masyarakat akan dikenali sebagai jururawat terlatih dengan kelulusan ijazah sarjana muda,” kata Dr Zulkifli.

Terdahulu ketika berucap, beliau menggesa semua jururawat supaya memberi perkhidmatan berkualiti dan efektif untuk kesejahteraan pesakit.

“Jururawat boleh menyumbang impak yang besar dalam mengurangkan kos perubatan dengan menambah baik kualiti perawatan.

“Dengan berbekalkan kemahiran dan kompetensi tinggi, seorang jururawat dapat menjimatkan penggunaan ‘consumable,’ masa pesakit di hospital dan mengurangkan kadar jangkitan di hospital,” tegasnya.

Hadir sama Ketua Penyelia Jururawat Negeri Kartina Mohammad Manan dan Ketua Penolong Penyelia Jururawat Negeri Rohani Abdul Rahman.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Latest Images

Trending Articles

<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>