Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Usahawan wanita perlu berfikir luar kebiasaan untuk berjaya, kata Aryaty

$
0
0

BINTULU: Usahawan wa-nita perlu berfikir di luar daripada kebiasaan sekiranya mereka benar-benar ingin berjaya dan kompetitif dalam perniagaan, ujar pensyarah Fakulti Sains Pertanian dan Makanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Dr Aryaty Alwie.

Katanya asas permulaan kejayaan dalam perniagaan sudah pastinya ada risiko sebelum mereka memperolehi keuntungan.

“Justeru mereka harus mengenal pasti peluang dan mengutip semua sumber yang ada untuk mencapai-nya,” katanya dalam Seminar Peranan Usahawan Wanita Dalam Masyarakat sempena sambutan Hari Wanita 2013 di Perpustakaan Awam BDA kelmarin.

Lebih 100 usahawan wanita menyertai seminar setengah hari anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Baha-gian Bintulu itu.

Menurut Aryaty, terdapat banyak produk yang unik mampu dijual di luar sana yang boleh diterokai dan dipromosi sepenuhnya.

“Tetapi perkara utama ialah bagaimana wanita mencari peluang dan permintaan daripada pelbagai sumber dengan kreatif dan seterusnya menambah nilai terhadap produk itu supaya ia dapat menjalani proses baharu serta menjadi produk yang mampu dijual,” katanya.

Beliau berkata untuk memastikan kekal ter-apung di pasaran, mereka perlu mempunyai minat dan kekuatan kerana untuk menceburi perniagaan tanpa kesungguhan tidak akan bertahan lama.

“Maka anda perlu keyakinan diri, bersungguh-sungguh dengan apa yang anda lakukan, merendah diri, sedia untuk belajar daripada yang lain bahkan daripada orang muda dan bersedia menerima kritikan.

“Kritikan adalah petanda baik bahawa orang menyedari dan prihatin terhadap produk anda meskipun ia negatif, dengan kata lain ia adalah detik kebenaran, dengan tanggapan pertama sentiasa penting dalam perniagaan,” ujarnya.

Jelasnya melalui kritikan anda boleh meningkatkan kualiti produk yang mampu memenuhi kehendak pelanggan.

Katanya untuk berjaya dalam perniagaan juga tidak ada cara yang mudah tetapi mereka perlu berani keluar daripada zon selesa.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>