Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Usah risau langkah kerajaan warta Taman Laut Miri-Sibuti

$
0
0

MIRI: Masyarakat nelayan di kawasan Miri dan Sibuti dinasihatkan agar tidak risau de-ngan langkah kerajaan  mewartakan Taman Laut Miri-Sibuti yang didakwa menjejaskan sumber rezeki mereka.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata, ini kerana meskipun kawasan itu telah di-wartakan, tidak bermakna para nelayan tidak boleh menangkap ikan di kawasan tersebut pada masa akan datang.

“Sebenarnya kita sedang merancang dengan Jabatan Perikanan untuk menentukan zon di taman berkenaan yang akan dijadikan kawasan lara-ngan dan zon lain yang boleh dimasuki nelayan untuk akti-viti menangkap ikan.

“Justeru, satu pasukan atau jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menguruskan kawasan taman itu dengan betul,” ujar-nya sambil menambah zon lara-ngan sudah pasti merupakan kawasan yang dikhaskan untuk hidupan marin membiak.

Ismaili menjelaskan demikian ketika berucap pada Program Sahabat Maritim Ber-sama Komuniti Nelayan Kampung Batu Satu, Lutong anjuran Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Miri (DM13) yang berlangsung di surau kampung berkenaan pagi semalam.

Dalam ucapan lanjutnya, Ismaili berkata langkah kerajaan mewartakan Taman Laut Miri-Sibuti adalah bertujuan untuk menjaga sumber alam semula jadi negara termasuk terumbu karang yang terdapat di kawasan berkenaan serta berpotensi sebagai tarikan pelancongan.

“Cuba kita lihat perkembangan di Semenanjung Malaysia, terutama kawasan-kawasan yang mempunyai taman laut. Ia sangat maju kerana boleh mewujudkan tempat pelancongan.

“Kelak, para nelayan di sini yang mempunyai bot, boleh digunakan (disewakan) untuk membawa pelancong ke kawasan taman berkenaan untuk aktiviti memancing dan sebagainya. Ini semua akan jadi sumber pendapatan jangka masa panjang nelayan di sini,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan para nelayan di Bahagian Miri agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak Petronas dan Shell agar menjauhi kawasan pelantar minyak.

“Kawasan sejauh 500 meter dari pelantar minyak merupakan kawasan larangan bagi para nelayan kerana berbahaya untuk aktiviti menangkap ikan atau memancing kecuali  dalam keadaan terdesak untuk berlindung daripada angin kencang serta ribut taufan,” katanya,

Pada majlis sama, beliau turut menasihatkan nelayan agar sentiasa menitikberatkan soal keselamatan diri semasa keluar ke laut terutama pada penghujung tahun seperti sekarang kerana keadaan laut bergelora yang dijangka berlarutan hingga Februari depan.

“Seboleh-bolehnya maklumkan kepada anak isteri, lokasi yang akan dituju semasa turun ke laut dan sekiranya berlaku sebarang kemalangan, ia boleh membantu pihak APMM tiba di tempat kejadian dengan lebih cepat,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>