Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Kabel 850 meter bernilai lebih RM20,000 hilang

$
0
0

KUCHING: Sebuah syarikat telekomunikasi mencatat kerugian melebihi RM20,000 selepas kehilangan kabel sepanjang kira-kira 850 meter di lima lokasi berlainan di sini sejak dua hari lepas.

Menurut sumber, insiden disedari oleh juruteknik syarikat itu sendiri yang menjalankan pemeriksaan selepas menerima aduan daripada orang ramai yang terjejas berikutan perkara tersebut.

Hasil pemeriksaan di lima kawasan iaitu di Jalan Depo, Sejingkat, Demak Jaya, Jalan Bako dan Kampung Bako mendapati kabel bernilai lebih RM20,000 telah hilang dipercayai dipotong oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Justeru, risau perkara tersebut akan terus berlarutan, juruteknik itu  kemudian bersama beberapa lagi kakitangan syarikat berkenaan tampil membuat laporan polis berhubung kejadian.

Difahamkan, sehingga berita ini ditulis semalam, siasatan polis masih giat dilakukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>