Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Sumbangan sektor koperasi masih terlalu kecil

$
0
0

RAI ULANG TAHUN: Dr Ahmad (tengah) bersama Ngadi (tiga kanan) dan tetamu lain memotong kek bagi meraikan Ulang Tahun Ke-15 MKM di Sarawak. — Gambar Muhammad Rais Senusi

Ia merupakan salah satu isu, cabaran utama yang perlu diatasi oleh semua pihak yang terbabit dalam sektor ini

KUCHING: Peratus sumbangan sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang masih terlalu kecil merupakan salah satu isu dan cabaran utama yang perlu diatasi segera oleh semua pihak yang terbabit dalam sektor pembangunan gerakan koperasi.

Pengarah Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Sarawak Ngadi Robin berkata sehingga penghujung 2012, sumbangan sektor koperasi kepada KDNK negara hanya melebihi paras satu peratus dan situasi ini jauh daripada sasaran kerajaan yang meletakkan sekurang-kurangnya lima peratus menjelang 2013 dan 10 peratus menjelang 2020.

“Faktor yang melambatkan usaha ini adalah berpunca daripada kurangnya penglibatan sektor koperasi dalam perniagaan yang bernilai tinggi, berdaya saing dan tidak berani menerokai peluang-peluang baharu sama ada di pasaran dalam mahupun luar negara.

“Di samping itu, perkara ini juga mungkin berlaku disebabkan sektor koperasi sendiri yang masih terkebelakang dalam kemahiran, pengetahuan dan teknologi canggih,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam ‘Nostalgia 15 Tahun MKM di Bumi Kenyalang’ sempena Seminar Jaringan Kerjasama Strategik: Ke Arah Peningkatan Keberhasilan Koperasi di sini, kelmarin.

Menyempurnakan majlis ialah Ketua Pengarah MKM Dr Ahmad Zahiruddin Yahya.

Menyedari hakikat dan untuk mengatasi masalah tersebut, Ngadi berkata kerajaan melalui Dasar Koperasi Negara (DKN) II 2011-2020 telah menggariskan beberapa strategi utamanya.

Antara lain, jelas beliau ialah menekankan agar koperasi terlibat dalam sektor ekonomi bernilai tinggi.

“Ini dapat direalisasikan melalui kaedah mewujudkan jaringan kerjasama strategik antara sektor koperasi, swasta dan kerajaan yang mempunyai kekuatan dan kemahiran dalam bidang masing-masing.

“Selain itu, bagi memastikan sektor terus kekal relevan, koperasi juga digalak mewujudkan jalinan kerjasama dengan syarikat dan koperasi yang berada di luar negara,” katanya.

Justeru, beliau yakin seminar kali ini mampu melonjakkan lagi perniagaan koperasi khasnya di Sarawak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>