Quantcast
Channel: Berita Sarawak – BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News
Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Bekas Pegawai Daerah Sibu bebas daripada tuduhan rasuah

$
0
0

SIBU: Bekas Pegawai Daerah Sibu Wong See Meng bebas daripada tuduhan rasuah di Mahkamah Seksyen, di sini semalam.

Sejurus selepas Hakim Dean Wayne Daly membuat keputusan bahawa beliau dilepas dan bebas daripada tuduhan terbabit, Wong berjalan keluar dari kandang tertuduh sambil mengucapkan terima kasih kepada peguam belanya, Orlando Chua.

Wong sebelum ini didakwa meminta rasuah sebanyak RM500 daripada seorang peguam Stephen Lu sebagai ganjaran kepadanya meluluskan surat pentadbiran untuk klien Lu yang merupakan seorang warga China, Zhuo Jing.

Beliau melakukan kesalahan itu kira-kira jam 11.15 pagi, 13 Disember 2011 di pejabatnya di Wisma Sanyan, di sini.

Surat pentadbiran itu bertujuan membolehkan Jing menuntut harta mendiang suaminya, Ling Lik Seng seorang penduduk tempatan.

Pertuduhan itu adalah di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama (Undang- undang Malaysia Akta 694).

Kesalahan itu boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda daripada jumlah rasuah itu atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Keputusan Hakim Dean semalam adalah mengambil kira keterangan daripada tertuduh dan tiga saksi pembelaan apabila Wong dipanggil masuk untuk pembelaannya pada awal Disember lalu.

Saksi pembelaan beliau ialah Residen Bahagian Sibu Sim Kok Kee, pemimpin masyarakat tempatan Pemanca Datuk Wong Kie Hiek dan seorang kerani akaun Pejabat Daerah Sibu.

Hiek yang menjadi saksi pembelaan terakhir memberitahu mahkamah bahawa wang yang diterima tertuduh itu (RM500) adalah ‘tajaan swasta’ di mana tiada resit rasmi dikeluarkan.

Beliau juga berkata tertuduh pada sekitar tahun 2010 pernah memintanya untuk menaja antara RM3,000 hingga RM4,000 bagi majlis makan malam jabatan.

Tertuduh dalam pembelaannya memberi keterangan bahawa pasukan audit yang dilantik kerajaan telah memaklumkannya akan datang pada 12 Disember 2011 untuk melakukan tugas pengauditan di pejabatnya pada 14 Disember 2011.

Beliau berkata, akaun jabatannya mempunyai kira-kira RM515 di mana sebahagian daripadanya digunakan untuk membeli minuman kegunaan jabatan dan dia tidak mempunyai cukup wang untuk belanja pasukan audit makan tengah hari.

Selepas itu, pengadu Stephen Lu muncul di pejabatnya bagi urusan proses surat pentadbiran kliennya.

Wong berkata, beliau meminta Lu untuk menaja sejumlah RM500 untuk makan tengah hari bagi pasukan audit.

Apabila Wong tidak mengeluarkan resit rasmi untuk tajaan itu setelah Lu membayarnya, Lu kemudian melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sim yang memberi keterangannya memberitahu bahawa beliau telah mengeluarkan surat kepada Wong untuk memaklumkan kepadanya masa pasukan audit akan datang ke pejabatnya.

Kerani akaun Pejabat Daerah Sibu yang hanya dikenali sebagai Norafidah berkata, beliau adalah individu yang menyediakan peti wang tunai (petty cash) jabatan.

Beliau turut mengesahkan bahawa wang dalam akaun tidak mencukupi untuk belanja makan tengah hari untuk pasukan audit.

Peguam Chua ketika ditanya sama ada anak guamnya akan membalas balik dakwaan pengadu, berkata ia terpulang kepada Wong untuk membuat keputusan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 26859

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>